Sunday, 8 March 2015

PENGHARGAAN

Syukur KehadratNya dengan keizinanNya dapat kami merealisasikan tugasan EDU3093 ini dengan memberikan saya kesihatan tubuh badan, idea yang mencurah-curah, dan luangan masa yang memuaskan. Dalam mengharungi cabaran saya sebagai pendidik sekaligus sebagai seorang pelajar, perlu pandai menguruskan masa dalam membahagikan urusan kerjaya, urusan keluarga dan urusan sebagai seorang pelajar khasnya. Terima kasih Ya Allah kerana memberikan saya kekuatan dalam mengharungi dugaan ini. 
Penghargaan yang tidak terhingga ini kami dedikasikan buat pensyarah kami yang begitu bersemangat dan tidak lokek dalam memberikan ilmu dan nasihat yang bermanfaat kepada saya iaitu Encik Faizal bin Hassan (EDU3093). Segala ilmu, nasihat dan tunjuk ajar beliau yang sangat bernas mendorong saya menjadi insan dan menjadi guru khasnya yang bertanggung jawab, berkaliber dan berdedikasi. Tidak lupa juga penghargaan ini adalah buat teman-teman seperjuangan saya dari unit PPG Pemulihan yang sentiasa berbincang dan saling bertukar maklumat dan idea sepanjang kami menyiapkan tugasan yang menarik ini.
Tidak ketinggalan juga kepada keluarga saya yang memahami dan menyokong penuh kepada saya. Akhir sekali ucapan setinggi terima kasih ini saya tujukan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sehingga saya berjaya menyiapkan tugasan ini. Sekian, Terima Kasih.

tugasan projek

K5 kepelbagaian budaya

K4 globalisasi

K3 tonggak pendidikan unesco

gejala sosial

K2 pendemokrasian pendidikan